29 Sep 2024
R-Day di Berek Birri!
Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan tiba! R-Day Batch 1/24 di Berek Birri berlangsung dengan jayanya! Sebanyak 50 ekor bebiri telah diterima oleh pemilik masing-masing, ditagging, dipakaikan collar tag, dan akhirnya diserahkan kepada jurulatih Berek Birri untuk proses penjagaan, penternakan, dan pembiakan mengikut pakej yang dipilih.
Walaupun hujan turun membasahi bumi, ia tidak sesekali melemahkan semangat kita! Pemilik yang hadir dapat melihat sendiri fasiliti dan kandang kami. Walaupun kami tahu ia belum sempurna, semangat untuk terus menambahbaik fasiliti dan perkhidmatan tidak pernah pudar. InshaAllah, lebih banyak penambahbaikan akan menyusul!
Yang lebih membanggakan, ada yang datang sejauh Pasir Gudang, Kuantan, dan Perak, manakala pemilik dari Sabah turut serta melalui sidang video! Semuanya excited untuk memulakan penternakan. Terima kasih atas sokongan padu anda semua. Inilah yang membakar semangat kami untuk terus maju—impian kami adalah untuk Berek Birri berkembang di setiap negeri di Malaysia. Memberi ruang untuk semua orang mula menternak dengan kos minimum. Mengatasi masalah-masalah yang kami hadapi dahulu. Tiada misi yang mustahil bila semangat bersatu!
Jangan lupa untuk terus mengikuti perjalanan kami di Berek Birri—tempat bebiri membesar, tempat penternak dididik! Nantikan juga promosi Batch 2/24 yang bakal kami umumkan tak lama lagi!
Jom belajar menternak.Jom jadi usahawan ternak.#makanankitatanggungjawabkita
PengusahaArgrow Farm
